Marzuq Aziz Enterprise telah mula didaftar dan ditubuhkan pada tarikh 23 Julai 2010 di Kuala Lumpur. Pada awalnya syarikat ini bergiat dalam bidang perniagaan seni bina (contractor) sehingga kini ianya masih dijalankan.
Bagi memperkembangkan perniagaan Marzuq Aziz Enterprise, pada pertengahan bulan Jun 2016 Marzuq Aziz Enterprise telah memulakan perniagaan sejuk beku iaitu ayam kampung organik secara kecil-kecilan. Ianya juga adalah satu cabang perniagaan yang kami jalankan. Alhamdulillah sehingga kini perniagaan sejuk beku kami mendapat sambutan yang menggalakkan.
Untuk permulaan, syarikat kami menjalankan perniagaan sejuk beku Ayam Kampung Organik. Perniagaan yang kami jalankan adalah berdaftar ,no pendaftaran 001968917-D.

No comments:
Post a Comment