Assalamualaikum.
Untuk entry ini, kami ingin berkongsi informasi Ayam
Kampung Organik yang jauh lebih baik dengan ayam biasa yang biasa terdapat di
pasaran.
Ayam kampung
dipelihara secara lepas bagi membolehkan ayam bergerak bebas dan bukan dikurung
di sangkar yang sempit. Ayam merupakan haiwan omnivor yang memakan daging dan
tumbuhan. Ayam memakan apa sahaja, daripada
bijian ke daunan dan serangga. Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan khas
seperti bijirin dan sumber protein, sekali gus tidak memerlukan bahan
kimia atau ubat-ubatan untuk membesar. Pengguna boleh makan ayam ini tanpa rasa
was-was. Ayam kampung organik ini hanya dijual selepas berusia 100 hari iaitu
setelah mencapai tahap matang dan berat sekitar 1.3 hingga 1.4 kilogram seekor.
Penternakan secara semula jadi
membolehkan ayam berkenaan membekalkan nutrisi yang tinggi kepada pengguna. Ayam kampung organik mempunyai rasa yang berbeza
berbanding ayam di pasaran kerana ia lebih lembut, pejal dan tulang-tulangnya
juga lembut.

No comments:
Post a Comment